Pages

Thursday 31 January 2013

Kasih abah / bapa / ayah / abi / walid / papa / babah sampai ke syurga..

Ada benda, kita lihat remeh.
Kita rasa itu hal kecil, ‘small the pieces’ lah!
Tapi, pada orang lain, penting!

Hari Jumaat, kadang-kadang boleh jadi hari emosi.
Maaf, teringat pada arwah Abah.

Ini zaman kita belajar dulu.
Abah & Mak selalu pesan, sampai je, call rumah.
Cakap dah sampai.
Tapi, kita.. sampai je stesyen bas Pudu, tunggu bas no. 14.
Bas no. 14 hantar kita ke destinasi belajar kita di PJ.
Sampai destinasi, terus menuju ke bilik.
Nampak telefon, tapi cuma melihat je. Kita rasa,

"errrm takpelah"

Sampai bilik, terus baring sebab penat.
Bangun tidur, makan.
Then, tidur balik sebab esok ada kelas.
Kita lupa!!!
Sebab kita ambil mudah.

Esoknya selepas kelas, on the way ke bilik,
Ada announcement.
Katanya dah beberapa kali nama kita dipanggil.
Kenapa??
Ada orang nak jumpa.
Siapa??
Kita terus turun menuju je tempat menunggu sebelah bilik Pak Guard.

Rupanya…
MasyaAllah..
Astaghfirullahal’azhim..

ABAH!!!!!

Dah berapa lama dia menunggu agaknya..
Dia tersenyum tapi jelas wajah dia wajah kepenatan.
Tapi ayat pertama dia yang kita agak2 ingat was,

“Kesian anak abah naik bas dari Pudu ke sini. Jauh juga!”

Ya Allah!!!
Apa aku dah buat.
Dia datang sebab sebenarnya dia risau kenapa kita tak call rumah cakap dah sampai.
Dia takut kita accident ke, kena culik ke, kena rompak ke..
Lebih sedih lagi, dia datang sendiri naik bas semata-mata mahu tahu bagaimana kita balik ke tempat belajar kita!

Abah, kita sayang sangat abah.
Kita minta maaf sangat2.

Tu lah kan..
Bukan susah nak call rumah sekejap, cakap kita dah sampai.
Tapi sebab kita dah selamat sampai, kita ambil mudah.
Kita rasa tak penting, tapi bagi Abah ia maha penting!!!
Bagi kita, tau-tau je lah kita dah sampai.

Kasih Mak dibawa ke syurga,
Begitu juga kasih Abah..

Moga arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-fatehah kepada arwah:

“Husin bin Astar”

0 comments:

Post a Comment