Pages

Monday 7 January 2013

Malik Faisal, sila lah makan!!

Malik Faisal, kenapa kamu tak suka makan? Penat tau Umi beli macam-macam makanan yang akihirnya masuk mulut Umi. Jangan jadikan diri kamu punca Umi naik berat badan, tau!!

Takpe, Umi harap bila besar nanti selera makan kamu macam Umi. Selera jawa fusion.

Asal ada cili tumbuk dengan nasi panas, jalannn.. Asal ada sardin, puas hati suap masuk dalam mulut. Itu makanan paling 'heaven' untuk Umi. 

Janganlah selera macam Walid mu, sukanya kuah lemak cili api. Apatah lagi jika ketam masak cili api.  Walid mu tak suka sardin. Walid mu juga tak tahu makan nasi panas beratahkan sambal tumbuk dan ikan goreng atau ayam goreng atau telur goreng sahaja. 

Tapi Walid mu kata, "Saya mudah, nasi dengan ikan atau telur atau ayam goreng & kicap aje dah cukup."

Tapi Malik Faisal, jika itu kamu, Umi tak kisah hidang lauk sebegitu sahaja. Tapi takkan lah Umi mahu hidang setakat itu sahaja. 

Malam ini, Walid mu mahu makan apa ya?
Malam ini, Umi tahu apa mahu bagi makan kamu. Ayam goreng!! 

0 comments:

Post a Comment