Pages

Thursday 3 January 2013

Having a child is not an excuse..


Sibuk sangat.. Terfikir mahu sambung pelajaran dari ijazah sarjana muda ke ijazah sarjana. Terima kasih kepada sahabat ku Juju atas pandangan dan sokongan. Hati berkobar tetapi ada keraguan. Rasanya sudah lama tidak membaca kecuali jika perlu. Maksud jika perlu tu merujuk kepada keperluan untuk membaca kerana kerja. Akibat kurangnya membaca, maka aku sentiasa kalah apabila berdebat dengan suami yang selalu merasakan dirinya lebih hebat berhujah daripada aku. Apatah lagi perasaan bangga kerana seorang peguam nampaknya gagal mematahkan hujah Suami apabila disoal-balas. Justifikasi aku mudah, “You’re my husband & I don’t want to end up raising my voice!” Jawabnya, “You’re a lawyer kan, be professional lah jangan emosi (bila dah nak kalah)”. Ermmmm. Apapun, jika tidak mengenali kami, memang ramai yang ingat kami sedang bergaduh sedangkan kami sedang ‘berbincang’ sebenarnya.

Apapun, hari ini aku melawat laman web IIUM dan sedang berfikir apa pengkhususan terbaik untuk diri aku. Mana tahu, apabila sudah dapat ijazah sarjana nanti, aku berhenti mengamal guaman dan menukar karier sebagai pensyarah.. mana tahu.. Cuma yang aku takutkan, mampukah aku menjalani dan menghabiskan ijazah sarjana aku nanti dengan baik dan cemerlang?

Isu: wang.

Idea penyelesaian: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Halangan: Takut, risau, Anak.





0 comments:

Post a Comment