Pages

Thursday 31 January 2013

Kasih abah / bapa / ayah / abi / walid / papa / babah sampai ke syurga..

0 comments
Ada benda, kita lihat remeh.
Kita rasa itu hal kecil, ‘small the pieces’ lah!
Tapi, pada orang lain, penting!

Hari Jumaat, kadang-kadang boleh jadi hari emosi.
Maaf, teringat pada arwah Abah.

Ini zaman kita belajar dulu.
Abah & Mak selalu pesan, sampai je, call rumah.
Cakap dah sampai.
Tapi, kita.. sampai je stesyen bas Pudu, tunggu bas no. 14.
Bas no. 14 hantar kita ke destinasi belajar kita di PJ.
Sampai destinasi, terus menuju ke bilik.
Nampak telefon, tapi cuma melihat je. Kita rasa,

"errrm takpelah"

Sampai bilik, terus baring sebab penat.
Bangun tidur, makan.
Then, tidur balik sebab esok ada kelas.
Kita lupa!!!
Sebab kita ambil mudah.

Esoknya selepas kelas, on the way ke bilik,
Ada announcement.
Katanya dah beberapa kali nama kita dipanggil.
Kenapa??
Ada orang nak jumpa.
Siapa??
Kita terus turun menuju je tempat menunggu sebelah bilik Pak Guard.

Rupanya…
MasyaAllah..
Astaghfirullahal’azhim..

ABAH!!!!!

Dah berapa lama dia menunggu agaknya..
Dia tersenyum tapi jelas wajah dia wajah kepenatan.
Tapi ayat pertama dia yang kita agak2 ingat was,

“Kesian anak abah naik bas dari Pudu ke sini. Jauh juga!”

Ya Allah!!!
Apa aku dah buat.
Dia datang sebab sebenarnya dia risau kenapa kita tak call rumah cakap dah sampai.
Dia takut kita accident ke, kena culik ke, kena rompak ke..
Lebih sedih lagi, dia datang sendiri naik bas semata-mata mahu tahu bagaimana kita balik ke tempat belajar kita!

Abah, kita sayang sangat abah.
Kita minta maaf sangat2.

Tu lah kan..
Bukan susah nak call rumah sekejap, cakap kita dah sampai.
Tapi sebab kita dah selamat sampai, kita ambil mudah.
Kita rasa tak penting, tapi bagi Abah ia maha penting!!!
Bagi kita, tau-tau je lah kita dah sampai.

Kasih Mak dibawa ke syurga,
Begitu juga kasih Abah..

Moga arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-fatehah kepada arwah:

“Husin bin Astar”

Wednesday 30 January 2013

Ok kot Husband tolong jagakan duit..

0 comments

Bila Husband cadangkan biar dia pegang kad ATM kita, kita rasa skeptical.

Reaksi, “aik”, “eh”

Tapi reaksi tu dalam hati aje.

Alasan suami, kita boros..

Memang kita boros pun.

Katanya dia bagi saya pegang seribu je

Seribu bersih lah.

Baki tu, buat simpanan.

Jika mahu guna, maklum pada dia jumlah yang dikeluarkan ternasuk resit atm

Tapi kita skeptical

Kita rasa macam di control je tau.

Kira rasa macam,

“Eh duit kita kowttt..”

Tapi bila fikir semula, ada baiknya.

Pernah buat eksperimen.

Kad dia pegang. Lepas tolak duit kereta & loan lain, dia hanya kasi pegang seribu.

Kita monyok lah kan.. lama juga dia pegang.

Tapi eh…. Dalam panjang muncung tu, rupanya tersimpan duit tu cantik dalam akaun.Sukanya tengok duit dalam akaun..

Husband pulangkan kad kembali.. Dia kata buat macam tu.

Tapi.. tapi..

Duit yang tersimpan tu dah pun makin menipis..

Ini semua salah online shopping!!

Ini semua salah Fashion Valet, Radiusite, Poplook, Sugarscarf, Aidijuma dan segala bagai shopping mall maya ni..

My husband realized, it’s time for him to act again.

Dia tegur suruh kita berjimat..



Buwekkkk

0 comments

Love love love this boy...
I said, "wekkkkk"
& he did it..

I don't like to wear shades because tak sesuai.
Hidung kita pesek..
Itu pun aviator shade arwah Abah, pinjam kejap..

iphone 5 atau mini ipad, ekk????

0 comments
Husband dah tanya.

"Nak apa"

"Nak apa, apa?"

"Ishh, valentine"

"Ish, tak sambut valentine"

"Ye lah, saya pn tak sambut tapi apapun, sayang nak apa?"

"Entah. Surprise me"

Poyo seh jawapan kita. 

Esoknya,

"Anything in mind"
"Iphone 5? Mini Ipad?"

*tersipu-sipu kita*
Rupanya penat gak otot muka bila cuba nak tahan muka excited & berlakon muka rasa biasa.

Seriously, kita tak mahu mana satu nak pilih.
Suka bagi gadget2 tau..
Try lah surprise kan kita dengan handbag kan..
Marc JAcob ke.. Prada ke.. Gucci ke.. Chanel ke.. 
:p
(Ingat husband tauke minyak ko??)

Okay.. okay.. seriously between those 2..
Memang menarik juga.
Cuma jika pilih Iphone 5, kita dah ada Samsung hadiah anniversary tahun lepas. Nanti dah ada IPhone5 confirm lah kita nanti tak guna lagi hadiah anniversary tu.. 
Nak pilih Mini Ipad, kita dah ada Ipad..
Ermmmm..
Fikir punya fikir..
Mini Ipad pun okay juga kan..
Lebih ringan untuk kita bawa ke mana-mana..
Kan.. kan..

Tuesday 29 January 2013

Perasaan perasan..

0 comments
Berjalan keluar, penuh gaya..
Bercelana hitam, panjang..
Kasut tinggi..
Fuhh.. *poyo*

Tiba-tiba dengar suara,

"Oh look, she's so pretty!"

Biasa lah perempuan, pantang dengar perkataan 'pretty' kan.
Kita toleh, non-Malay yang cakap..
Kita senyum & kita pun angguk,
tanda setuju lah tu.. *bajet sangat*
Tapi kenapa muka dia macam blur??

Lepas 2-3 langkah, terfikir,

"Ehhhhhh... aku ke???"

Maluuuuuuu nyeeeee...
Benar bagai dikata,
Bajetttt je aku ni..
Larikkkkkkk!!!!!





Autism child is not stupid!!! dowh!!!

0 comments

Malam tadi, tak pasal-pasal berjujuran air mata
Menangis menggongong dah macam hanjing..
Silap hari bulan, orang ingat bunyi cik pon menangis..
Ni semua gara-gara ramcangan Star King (28hb).
Nampak Kang Ho Dong, kita jerit..
Maklumlah suami tak balik lagi dari meeting.
Menangis sikit bila Kang Ho Dong nyanyi & main piano… rindu tu..
Tapi kita mengggonggong bila tonton Minsoo main piano.
Eh, sapa Minsoo ni?? Oh dia ni jemputan di rancangan Star King
Minsoo ada masalah di otak nya..
Tengok gaya, dia macam autism.
Nephew aku pun autism
Doctor sana kata iq Minsoo bersamaan dengan iq kanak-kanak umur 2-3 tahun.
Tapi kalau dah sekali dengar Yiruma tekan note piano, Minsoo ni pun terus boleh tekan tanpa tengok note..
Agak-agak, Minsoo ke doctor yang silap ni!
Benar otak mereka tak sama macam orang normal, tapi dengan kata iq mereka rendah, tak juga.
Nephew kita hebat bermain computer.. hebat main game.. pandai dia bina bandar.. Cuma masalah dia, dia tak pandai bersosial.
Kenapa kita menangis mcm cik pon, sebab kita teringat kita kadang2 marah nephew kita yg autism.

Uwaaaaa, CiKifi minta maaf taqif sayyyyannngggg!!!!

Monday 28 January 2013

Soalan-soalan

0 comments
Today, I've made 2 ships & 1 plane made of paper!
In my office!!

Because of her!!!


Hehe..
Ini anak buah boss kite.

Her last question to me after so many questions:

"Awak, awak suka kt kite tak???"

Me: "Awak rasa?"

Dia: "Macam tak je" *muka sedih*

Hehe.. kesiannya dia..
She also asked me:

"Awak ada mak?"

"Ada"

"Katne??"

"Rumah"

"oooo..awak ada abah?"

"Ada tapi dah takde."

"Haa???"
"Dia gi ane?"

"Dia dah takde. Dia dah tidur dalam kubur"

"Nape kubur?"

"Dia sakit."

"Kenapa tak pilih embulen??"

Hehehe.. ishh, kanak2..
Mungkin kita perlu melayan kanak2 juga dengan matang..
Perlu jawab soalan dengan matang sebab kanak2 zaman sekarang bijak2 & lebih matang.

Sunday 27 January 2013

Mak mak, bapak bapak! Tengok anak tu weh..

0 comments
Semalam, ke Mydin dengan Husband & AMF.
Naik 'escalator' nampak kepala budak di hujung 'escalator'. 
Anggaran lebih kurang 5-7 tahun,
lebih kurang umur William Yau Zhen Zhong.

Hati panassss.. 
Where the **** is his parents.
Toleh kanan, nampak perempuan agak2 itu ke mak budak ni?
Tapi muka selamba tengah belek tudung ke baju entah.
Jadi takkan ni mak dia? Kalau mak, mestilah dia akan jenguk2 jeling2 gak kan..
Kita tegur,

"Adik, mana mak ayah? Gi balik kat dorang!"

Budak ni senyum je..
Aik..
Ermm, ada mak bapak macam ni?
Selepas kes Nurin JAzlin & ini yang terbaru adik William, mak bapak masih boleh leka lagi!
Masih boleh biarkan anak berkeliaran??
Okaylah, memang ada kanak2 yang nakal suka lari2, suka senyap2 pergi bermain di tempat lain.. 
Tapi... ishh entahlah.. Takde komen lah..
Kalau hilang nak salahkan siapa? Pekerja Mydin? Orang awam? Polis????? 
Okaylah, polis dah lah ramai yang tuduh lembab bila berlaku kes penculikan kanak2 ni..
& sebab itu ke want to blame the police for your own negligence??
Jika dah rasa polis lembab, lagi lah kita kena berhati-hati!!
(Maaf pakcik polis.. orang yang cakap, kita tak)

AMF, mencabar iman kita & Suami.. setengah jam pertama, alahai baiknya, macam angel..
Selepas setengah jam, dia mula meragam..
Dia nak turun dari trolley..
Eh!!!!!
Adakah nanti anak kita pun akan jadi mcam budak lelaki tadi, kita bawa gi belibelah, dia pula mem'blahkan dirinya ke tempat lain semasa kita tengah beli barang????
Eh!!!

Thursday 24 January 2013

Orang kampung

0 comments
Orang kata jangan bangga diri hatta dengan diri sendiri pun.

Alkisahnya, hari-hari yang lepas.
Dengan harapan mahu kulit lebih cerah & gebu, teruskan niat beli set Tia Amelia.
Pesan adik kandung & adik ipar, "tak payah kak, kulit dah cantik!" (ahakz..poyo tak?)
Degil. Kita beli.

Minggu pertama, amal seperti arahan.
Wahhh.. suka.. benar la.. 
Sambil 'driving' sambil usap2 kulit muka sendiri & bermonolog,

"Aishh, lembutnya kulit muka aku."

Esoknya, sambil 'driving' sekali lagi, usap lagi pipi sendiri,

"Hehe, lembutnyaaaa.. untung laki kita dapat kiss pipi kita."

Minggu hadapannya,
*menjerit depan cermin*

Nampaknya Miss Pimple datang melawat. Dasar bimbo lah!
Dah la dia menetap di kulit muka & ini yang jenis tiada mata.. 
Jerawat yang tiada mata ni, susah nak dipecahkan.. jika dpecahkan atau terpecah, confirm tandanya mungkin kekal berparut di muka!!
Dah masuk minggu ke dua, jerawat sudah pecah tapi tandannya masih ada.

Sah..
Petang ni kena pergi ke Kedai Orang Kampung.
Cari bedak sejuk.
Cara traditional mungkin lebih mujarab..
Ada juga berangan nak buat sendiri & nak jual bendak sejuk buatan CiKifi!

Anyway, moral of the story.. 
Jangan bangga diri..


Pelaburan yang heaven

0 comments
Ciss, naik atas office bau harum daging burger!! 
Cisss, baru je lepas beli sarapan, ranap duit RM5!
Aishh, dear staffs, you should tell me earlier.. huhu..

Anyway, pernah tak zaman belajar, kelas pagi-pagi,

Berpeluh.. peluh menitis..
Badan seram sejuk, bulu roma meremang.. menggigil..
Muka pucat lesi.. ketap bibir.. 
Gosok tangan..
"Ok students, do you understand??" tanya lecturer..
Kau tak ambil pot pun soalan tu sebab kau sedang berpeluh, menggigil & semua di atas.

Kelas bersurai...
Cabut lari ke TANDAS!!
Pretttt...
Fuh... heaven!!! Lega..
Ini lah salah satu nikmat duniawi yang Allah berikan tanpa kita sedari..

Ini lah dia.. 
Nak angkat tangan minta permission ke toilet malu..
Nanti kalau lama di toilet, nak masuk kelas semula,
alamatnya orang tahu la kita baru lepas MELABUR..
Nama kena jaga babe..
Sangguplah tersiksa menahan azab sepanjang kelas..

Was I the only one like that???
(Ini kira confession ni!!!)

Wednesday 23 January 2013

Ajaib...

0 comments
Bos bercerita di pejabat. 

Guna minyak sikit aje, kate nyeee.. mudah.. senang.

CiKifi angguk aje lah..

Balik kita buat search. Alamak menarik ni!!!



Which one ni??
Ikan ke??

*Toleh belakang*

Husband: Buat ape tu?? *lepas bangun tidur keletihan berarak untuk Maulud Nabi*

Me: Kuali ajaib!!

Husband: Mesin jahit??

Me: Tak lah, kuali ajaib. Nak beli lah yang!

Husband: Mesin jahit?? Ehh, haa.. mana mesin jahit? Duit kan saya dah bagi beli mesin jahit?

Me: *senyappp*

Me: Eh sayang nak minum? Mesti dahaga kan?? 

Turun cepatt buat air...

See you again kuali ajaib. I guess I have to buy mesin jahit first! Sigh..

Assalamualaikum..

0 comments
Kelmarin muqaddam di sebutnya 'buku adam'
2 hari lepas -

Nyai: 'Alif' di atas 'a', 'Nun Alif mati di atas 'naa', 'Kaf Mim mati di depan 'kuum' - bunyinya?

Hadif: *termenung*

Nyai: Bunyinya??

Hadif: 'Assalamualaikum!'

Hahahhaa.. tak pasal-pasal batal solat CiKifi yang sorang ni!!!

Kah3.. aish, 'anaakuum' jadi 'assalamalaikum'

Never mind, yang penting dia ada semangat nak belajar mengaji.

Anak CiKifi pun belum tentu terer nanti!


Thursday 10 January 2013

BoboiBoy, Me & Malik Faisal. Check them out at Petronas!

0 comments
Finally, we have a complete set of Boboiboy's characters that we get from Petronas. 
Yeeehaaaa.

Proudly present our own cute Superheroes:

Ying, Gopal, Boboiboy & Yaya

I don't know if Petronas still sell any of them.

And he wanted to bring them even to a wedding!


Even mommy wanted to pose with Yaya!!


Kentucky Fried Chicken (KFC) a.m. Breakfast

0 comments
Assalamualaikum. *yeay it's Friday*

I'm glad that KFC has introduced its own breakfast set. And now, the fact that I'm currently still active boycotting McDonald (hopefully remain strong), I'm very happy to try KFC's breakfast set. 

So, yesterday on my way to my office, I went to KFC drive thru' to try the breakfast. I have no idea at all about its menu & when I look at the menu board to see the menu I went crazy a bit. Seriously, hands down to KFC, you're so much better than McD.. I was like, alamak apa nak pilih ni..

And yesterday I tried KFC's a.m Platter Combo @ RM8.95


The best thing about this set is of course the fried chicken & the cheesy bun that you won't find at McD. A very fulfilling breakfast.

For my boss & staff, I chose KFC a.m. Cheesy Egg Bun Combo @ RM4.00. J
ika di gerai burger Ramli, we call it Benjo! hehe


This is also very tasty. My boss said, "OMG, sedap jugak ah.. roti dia sedap ah." 

 And today, I tried KFC a.m. Twister Combo @ RM6.80.


I like it too. I think it's very yummy & not a very heavy breakfast. Imagine, your first bite is the scramble egg, then the fried chicken, then the hash potato & finally the egg again, together with its cheesy sauce & fresh tomato.. nicer kakashi!!! hehe.

Anyhow, in case you read my blog, my advise, why don't you try KFC breakfast. To know more about  KFC Breakfast Menu, visit its website kfc.com.my.

Next, I would like to try its chicken porridge. 

Wednesday 9 January 2013

SPANX me baby!!

0 comments


I'm a loyal user of Triumph inner wear. 
I even have 2 body suits & 2 girdles from Triumph & yes, I like it.

But.. hey.. I never heard of SPANX until one day, when I googled about Taylor Swift, I found a gossip about her wearing a SPANX. I was, what is that? 

Searched.. okay.. wow.. really?? Hollywood celebrities wear SPANX?? 

Then, in Mid Valley, I found SPANX but they're too expensive. Imagine each product is RM369!! So I said to myself, forget it. My Triumph is still in a good condition.

However, in my effort to look slim like Hollywood celebrities & without having to stop eating, I began my search engine. Typed SPANX online Malaysia. And I found this blog:


I bought two SPANX products. 
I chose M as my size (after I called my tailor & asked her of my actual size).
I only paid RM395 for these 2 products. Thank you Iza.

This - 

Slim Cognito Shaping Mid Thighs Body Suit

and this -

In Power Line Super High Footless Shaper

 Verdict : AWESOME!!! They are like super tiny when I opened the bags. I was like, betul ke aku size M ni?? Anyhow, once I tried them.. OLLEYY!!!! The fabric is very light & it's very comfortable; as if you're not wearing any girdle or bodysuit. 

I wore In Power Line Super High Footless Shaper today. 

Check me out:


Side view - instant tummy tuck w/o surgery

Front view - flat ha!! hehe

So, what do you think? Go & get your own SPANX now.

To know more, visit SPANX website.

Baby Swimming Diaper

0 comments
Alhamdulillah, finally. 

FINALLY, I bought a baby swimming diaper for my son. Well, I just ordered like 10 minutes ago & I have not received the blog owner's reply & no payment has been made, so I guess it's wrong for me to say I BOUGHT them, right! 

Anyhow, I ordered TWO!

One for malik faisal:

Blackbeary 

And one for najla:

Butterfly

Heeehaaa, can't wait to bring them to pool. 

More choices here at sweet luna shop

Monday 7 January 2013

Buku Adam??

0 comments
Hadif Hanan when he was 7

He's one of my favorite nephew. So cute. He's 8 years old this year. 
Anyway, the conversation below made him even more cute -

Hadif: Nyai, nyai, mana buku adam?

Nyai: Buku adam? Mana Nyai tau hadif letak buku kawan kt mana..

Hadif: Bukan buku kawan hadif, buku adam?

Me & my mom (Nyai) - confused but still searching for the book without even asking him to explain.

When he realized that both of us were actually confuse, he explained,

Hadif: Buku adam buku ngaji lah!!!! Ishhh *pulled hair*


WHATTTTTTT!! 

So, Buku Adam is actually a Muqaddam!!!! 

Hadif oh Hadif.. cium kang!!  

Sorry Adam, it's not your book dude!!

Words: Try not to confuse 'attachment' with 'love'

0 comments

Malik Faisal, sila lah makan!!

0 comments
Malik Faisal, kenapa kamu tak suka makan? Penat tau Umi beli macam-macam makanan yang akihirnya masuk mulut Umi. Jangan jadikan diri kamu punca Umi naik berat badan, tau!!

Takpe, Umi harap bila besar nanti selera makan kamu macam Umi. Selera jawa fusion.

Asal ada cili tumbuk dengan nasi panas, jalannn.. Asal ada sardin, puas hati suap masuk dalam mulut. Itu makanan paling 'heaven' untuk Umi. 

Janganlah selera macam Walid mu, sukanya kuah lemak cili api. Apatah lagi jika ketam masak cili api.  Walid mu tak suka sardin. Walid mu juga tak tahu makan nasi panas beratahkan sambal tumbuk dan ikan goreng atau ayam goreng atau telur goreng sahaja. 

Tapi Walid mu kata, "Saya mudah, nasi dengan ikan atau telur atau ayam goreng & kicap aje dah cukup."

Tapi Malik Faisal, jika itu kamu, Umi tak kisah hidang lauk sebegitu sahaja. Tapi takkan lah Umi mahu hidang setakat itu sahaja. 

Malam ini, Walid mu mahu makan apa ya?
Malam ini, Umi tahu apa mahu bagi makan kamu. Ayam goreng!! 

Green with love, my little Peter Pan

0 comments
Happy face 

Still happy

"Umi, cat, cat!"

Now he's sleepy


In years to come, you'll be the groom my son.. tssk tssk

He loves chicken nugget


Chewing his nugget using his front teeth. haha..


One day, sayang..

Tired..
Wet head


Sorry, as a mother, I cannot help myself from adoring my own little baby. I love him in this green shirt & pants. 


My very first kiss to him

0 comments
I can only see him after 2 days of his delivery & that was my very first kiss on his soft lips.

Die keluar melalui tingkap. Pintu biasa enggan terbuka walau selepas 3 kali 'induce'. Yang terbuka hanya setakat 1.5 cm. Tetapi sakit sudah terasa. Sakitnya ibarat pinggang mahu tercabut daripada pinggul. Hanya mampu menangis. Peliknya darah sudah keluar. Apapun syukur, the presence of my husband & Mak managed to lessen the pain.

At 12 midnight, the nurse checked my baby's heartbeat & it's so slow. She urgently called my handsome O&G. Then, the news -

"Puan, maaf, puan perlu dibedah segera. Anak puan lemah degupan jantungnya. Doktor dalam perjalanan."

 I cried. 

Aku menangis lebih kuat apabila dimaklumkan Suami tak dibenarkan masuk kerana sedari awal aku tidak mohon untuk bersalin secara pembedahan. Tapi kenapa? I still believe that my husband should be allowed to be in there. Finally he had to let my hand go. Masih lagi menangis di bilik pembedahan, pakar anesthetic terpaksa menenangkan aku. Dia berjaya. 

Terasa kulit dipotong. Terasa darah keluar. Terasa daging ditarik-tarik, perut ditekan-tekan. Aku takut. MAcam mana kalau bius tiba-tiba hilang?? Aku sedar masa itu ada complication pada bayi. Rupanya usus membelit lehernya menyukarkan dia dikeluarkan. Aku terfikir, patutlah jantung dia lemah. Perut aku ditekan kuat bagi membolehkan bayi dikeluarkan. 

Bunyi tangisan. Aku menangis. Sibuk je aku pn nak nagis.

"Here's your baby"

Alhamdulillah.


2 days old



Sunday 6 January 2013

Mamat psycho muka suci

0 comments


As I chatted with my friends vide FB's personal message inbox, a dark secret came out to the surface. It's all started with -

"Hey, do you know ..........?"

"Yes. Y"

"It's L's firm, right?"

"Yes. And dia punye partner is a saiko!"

"What do you mean?"

"He has been sending me messages. Dia cakap dia simpan semua gambar aku. Dia kata aku gebu semua bagai. Padahal masa belajar poyo tak pernah tegur aku. Macam alim la."

"Seriously??? Sapa nama dia?"

"*******"

"Ya Allah, aku pun terkena! We're indeed mangsa okay!!"
"Apa ko buat masa dia cakap macam tu?'

"Aku blocked dia terus!"
"You?"

"I told him to fuck off & stop watching porn!!! Haha"

"Huh, how do you know he watched porn?"

"Duhhhh, kalau dah bagi msg mcm tu bagai, dah tentulah hari2 tgk porn!"


Our conversations continued & more secrets were no longer a secret. Then one of us, in the chat box:

"Hey, tapi kenapa dia tak add aku, tak try contact aku ke? Aku ni tak cantek ke????"

Hahahhahaha... sengal betul. 

We wonder how many women out there that have been his victim, like my friend. With his religious school background from kindergarten until he graduated, anyone could easily be deceived by him. Somethings need to be done. A plan need to be planned. We must bring him down before he could find more victims. And his ultimate victim is his wife. Poor that lady. 





Friday 4 January 2013

This doodle does not reflect my state of mind

0 comments

Edited.  It's not finish yet..


My friends asked, "Why is it always obscene?"

My husband asked, "Takde gambar lain ke nak lukis ke conteng ke?"

My answer, "It's the curve..." 

"______"

Seriously I have no answer for that. Everytime I start doodling, any part of woman's body will be part of my drawing. Of course not every drawing.

"My body is a wonderland ..." John Mayer. He made this song for Jennifer Love Hewitt & I can understand why.

Thursday 3 January 2013

Having a child is not an excuse..

0 comments

Sibuk sangat.. Terfikir mahu sambung pelajaran dari ijazah sarjana muda ke ijazah sarjana. Terima kasih kepada sahabat ku Juju atas pandangan dan sokongan. Hati berkobar tetapi ada keraguan. Rasanya sudah lama tidak membaca kecuali jika perlu. Maksud jika perlu tu merujuk kepada keperluan untuk membaca kerana kerja. Akibat kurangnya membaca, maka aku sentiasa kalah apabila berdebat dengan suami yang selalu merasakan dirinya lebih hebat berhujah daripada aku. Apatah lagi perasaan bangga kerana seorang peguam nampaknya gagal mematahkan hujah Suami apabila disoal-balas. Justifikasi aku mudah, “You’re my husband & I don’t want to end up raising my voice!” Jawabnya, “You’re a lawyer kan, be professional lah jangan emosi (bila dah nak kalah)”. Ermmmm. Apapun, jika tidak mengenali kami, memang ramai yang ingat kami sedang bergaduh sedangkan kami sedang ‘berbincang’ sebenarnya.

Apapun, hari ini aku melawat laman web IIUM dan sedang berfikir apa pengkhususan terbaik untuk diri aku. Mana tahu, apabila sudah dapat ijazah sarjana nanti, aku berhenti mengamal guaman dan menukar karier sebagai pensyarah.. mana tahu.. Cuma yang aku takutkan, mampukah aku menjalani dan menghabiskan ijazah sarjana aku nanti dengan baik dan cemerlang?

Isu: wang.

Idea penyelesaian: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Halangan: Takut, risau, Anak.