Pages

Tuesday 5 March 2013

Study smart

0 comments


Ungkapan itu selalu digunakan untuk orang yang malas belajar macam saya ni.. :p
Konon smart sangat lah belajar padahal belajar jenis last minute... (Moga AMF dijauhkan dari sikap begini).
Tapi kan sebenarnya kita bila belajar memang perlu 'smart'.
Pernah tak ada kawan-kawan yang kita tengok hari-hari di library.

Ini kisah lama lah..

Ada seorang kawan ni lah.. Dia suka ke library.
Bila kita ajak berjimba dia mulalah buat muka..
Kalau tak ajak pun, nanti dia bagilah pandangan sinis kann...
Lepas tu dah pergi library, punyala bangga pong pang dia ke library..
Siap lah bagi nasihat bagai..
Ehhhhh... cara kau & kita berbeza okay!!
Takpelah, malas nak gaduh kita dengar je lah nasihat dia..

Bila periksa dia kata senang.
Dalam hati kita, ermm berbaloi usaha kau ye kawan.. menyesal tak dengar nasihat.

Result keluar...
Ermmmmmm..
Ermmmmmm...

Kita tersenyum.. sorak bagai macam cemerlang lah sangat..
Padahal sorak2 sebab tak sangka lulus jerrr.. hehe.. 
Iye lah kan.. mak suruh belajar, kita tidur je lebih..

Tapi, dia senyap..

Ermmmm

Kesimpulannya, belajar lah dengan bijak.
Janganlah ke library tapi sebenarnya takde satu pun yang dihadam masa hadap buku di library.
Pergi library bukan tanda seseorang itu pelajar cemerlang (walau kebanyakannya YES).
Kalau setakat nak ke library semata-mata nak dapat nama 'rajin', ermm lupakan.
Ada baik ke library, pinjam buku, balik rumah study.

Ini kisah zaman sekolah..

Apapun cara belajar berbeza-beza
Ada yang jenis perlu tekun.
Ada yang makin tekun, makin hilang fokus.
Jadi pendek kata, tengok kemampuan & kesesuaian untuk kita bagaimana.
Jangalah kita tengok budak ni cemerlang sebab cara dia belajar macam ni sedangkan kita tak sesuai ikut cara belajar macam budak ni.

Tapi jika anda mahu cemerlang dalam pelajaran, rajinlah belajar.
Jika mahu cemerlang dalam hidup juga, rajinlah belajar.





Monday 4 March 2013

Ingat muka & gaya baik tu memcerminkan perangai sebenar ke??

0 comments

4 years in the Service..
The first year was great! My boss was great. She's awesome. 
Well, let me call her Tuk Nab. (Seriously I hope she doesn't read my blog!)
In fact she reminds me of Jessica from the Suits, only that whilst Jessica speaks in a very professional tone, but Datuk Nab.. her voice.. mak aihhhhh boleh pecah gegendang telinga once she called your name.

Datuk Nab was very proud with her voice.. 
Why I said that? Well, obviously it's because whenever she needed me or anyone else, she prefered to scream instead of using her office's phone.

“EFYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY”

Nak terkencing kalau dia panggil.
However.. she's a great boss. She's very professional. She did/does her work with due diligent. She doesn't care who you are as long as you are good at what you do. Demi Allah, I like her.

However she's only with us for 1 year only. 
Her successor.. errmmmmm...

No comment..
What I can say is.. 
look can be very deceiving!!

Wednesday 27 February 2013

Sengau sexy tak?

0 comments

Kenangan zaman belajar..
Naik bas abang garang.
Abang konduktor bas ni garang nak m****s.
Dia suka orang cantik je.
Kalau agak2 tak cantik, kalau ko takde duit kecik atau bas penuh & ko tak mahu ke belakang, nahas kau kena tengking.
Kita tak pernah kene tengking (poyo)!

Jadi suatu hari ni, kawan kita cabar kita.

“Kalau kau berani, kau buat2 suara sengau kat abang tu!”

Cabaran disahut.

Abang konduktor tak padan kecik tak padan kurus keding,

“Adik nak balik mana?”

Ni kita jawab,

“Pe-han 'um-'ai” (tone sengau)

Dia,

“Apa dik??”

Kita, kali ni lebih kuat.

“Pe – 'han 'um – 'aiiii”

Orang keliling dah mula tahan gelak. Tak pasti sama ada nak gelak sebab tahu kita berlakon & nak kenakan dia (yang ditakuti ni) atau gelak sebab ingat kita memang betul2 sengau!

Dia tanya lagi. Eh sabar juga.

“APA!!!!!”

Kita,

“PE-'HAN 'UM-'AI !!!!!!”

Akhirnya, dia pun cakap & kawan2 semua menyesal,

“Arghhh takpe lah adik. Abang kasi ko free lah, tak payah bayau!!”

Hahaha... padan muka kawan2 kena bayar duit tiket bas.. 

Turun bas, kita pun cakap,

“Abang, terima kasih belanja"

Dia, terkesima, terperanjat..

Hehehe.... menang yeay.

Belanje, belanje.

Hamek!!!


Sunday 24 February 2013

Warna warna di kertas undi

0 comments
Di Malaysia ni.. rasanya rakyat mengundi ikut warna parti

Letaklah calon baik mana pun atas tiket warna biru, kalau dah nama dia orang hijau/biru cair/merah..
Memanglah yang akan dipangkahnya orang hijau/biru cair/merah.

Letak lah calon baik macam mana pun atas tiket hijau/biru cair/merah, kalau dah nama dia orang biru..
Warna biru tu lah yang dipangkahnya.

Letaklah calon buruk mana pun atas tiket warna biru, orang biru confirm pangkah warna biru.

Letaklah calon buruk mana pun atas warna hijau/biru cair/merah, orang-orang hijau/biru cair/merah confirm pangkah warna hijau/biru cair/merah.

Kita tak undi atas peribadi calon tersebut, tapi warna.

Aishhh.. susah lah begini.

Tapi kan, bak dalam filem Chandramukhi tu. Ingat tak dialog ini?

"Kopi itu tertumpah atau puan yang tumpahkan?"

Sana sini dalam FB, yang jenis fanatik ni, wall penuh dengan macam2 sepanduk..

Fakta itu lah, fakta ini lah.. 

Isu nye, benar kah? 

Rahsia terbongkar lah.. berjaya dibongkarkan lah..







Sunday 17 February 2013

Clark casual shoes or casual boots? They look the same..

0 comments
What is it with me and shoes these days? I'm drawn to them like ants to sugar. But a girl's gotta have some pleasures in her life.







I had a pair of boots, once but they're formal boots that I wear every time I go to court. But I don't do boots or covered casual shoes. I don't know whether they'll look good on me or not. But those!!! They're so pretty?? Ermmm does pretty a word to describe them? 


Thursday 14 February 2013

MNG skirt is soooo long & I am just a short Asian girl..

0 comments


Alhamdulillah..
Finally, I successfully altered my long skirt using my Singer 4423.
Haha, until now I can't believe that "I've made it short!!!!"
Yeayyy..

*SELF-FIVE!!!!!*

Tuesday 12 February 2013

Singer 4423.. here she comes!!

1 comments
I am still excited with my latest purchase of Singer 4423..
A heavy duty sewing machine..
Imagine, it could sew through a plywood.. how tough she is, right?? (watched that on Youtube).

Anyway.. 
I'll share here, what I received, in the box, together with the sewing machine..

The box!

The Instruction Manual.. 
Since I don't understand what I've read in the manual, I turned to Youtube.. hehe
Youtube did a better job.. huhu
I learned how to thread a bobbin from Youtube. 

The cover bag



The MACHINE!! SINGER 4423. Note the heavy duty caption


The accessories


 I can't remember the name of each accessory. 
Anyway, inside the plastic bag is including sewing needle & 3 bobbins.




The warranty card

Pedal


and...


my SON!!
 It's like 2.00 am already..
My son has already fallen asleep..
Hehe

On the very same night I put a thread to the bobbin & insert the thread into the sewing machine.. fuhh.. semangat kau!!
On the very same night also, I alter my skirt with this sewing machine.. yeay!!!

I love you Singer!!!
xoxo

Wednesday 6 February 2013

Singer 4423.. let us work together!!

0 comments

Alhamdulillah
Syukur..
Finally, kita beli juga mesin jahit.. kesempatan masa yang ada dengan cash yang berlebihan di tangan (wahhh ayat bajet kaya), kes selesai, terus ke kedai Singer..

“Kak, nak yang basic, ada?”

“Yang basic yang mana satu adik nak?”

“Senang cerita yang paling murah lah kak”

Kedekut kannn...

Dia tunjuk.
Ohh paling murah RM750 lah.. vagusss..
Tapi di sebelah yang paling murah tu ada juga yang agak murah, RM795. Ehhh takkan lah kita nak beli yang paling murah kannn…
So, kita ambil yang agak murah tu… malu lah ambil yang TERmurah tu..
Hehe…

Resit dah keluar.
Mata terpandang mesin jahit lain pula.
Harga RM1195.. Ermmmm.
Kita Tanya..

“Kak, yg 4423 tu sama ke dengan yang basic tu? Ke yang tu untuk yang dah terer sangat?”

“Yang tu pun basic juga Dik, tapi jenis heavy duty. Leh wat jahit kain tebal, leh jahit butang baju. Alang-alang adik nak beli basic, baik adik beli basic yg tu..”

Sudahhhh….
Menyesal tak bawa mak sekali.
Sudah… kepala dah terfikir-fikir,
alaaa, beza pun tak banyak sangat kan. Boleh bayar 2 kali apa!
Sudah…..

“Kak, tukar lah. Saya ambil yang 4423 tu”

Kakak tu tersenyum…
Cisss kau kakak.. Berjaya kau eh..
Balik tak tau nak pasang!!!
Yang ada manual bertulis..
Tapi kata tauke boleh call sama dia & minta orang dia dating ajar pasang..
Hari ni, pagi-pagi dah buka youtube..

Agak-agak apa kita typed??
Of course lah

“4423 Singer Sewing Machine”



Pas ni boleh buka butik…

Sunday 3 February 2013

Tak mungkin berpaling

0 comments
Bila pagi, dia mula lah dia tak mahu naik kereta kite.

“Nanak. Nanak”

Ish dah lambat ni. Tadi lepas subuh tidur balik kan, confirm lah lambat.
Kita bagi ‘sign’ tangan pada Mak,
*mak, hangkut je budak tu*
Mak menurut perintah.
Astaghfirullah.. bunyi macam anak derhaka je kan kite ni..
Eh kita sayang mak kita tau..

Berbalik kepada cerita pokok.
Dalam kereta, saya pujuk dia, saya usap2 kepala dia.
Sampai rumah babysitter.
Ehhhh… tetiba.. sekelip mata lah..

“Mak, mak..”
(nama panggilan dia pada babysitter..)

Kita nak salam, dia tak nak.
Anak Umi dah pandai merajuk,
Anak Umi tunjuk protes eh,
Tak mahu salam Umi.
Umi pun cakap kat dia,

“Ok, FINE!!!!!!”

 Kita terrus masuk kereta, tak lambai dia pun.
Sakitt hati tau, sedih ni.
Tapi kita perasan, dia sebenarnya pandang kita.
Muka dia sedih..

Uwaaaaaa…
Sedihhhhh.
Menyesal cakap macam tu kat dia.

Putera Umi, Umi minta maaf.
Bukan kamu je yang berkorban, tapi Umi pun terpaksa korbankan masa Umi untuk cari wang lebih. Untuk mewahkan kamu. Kita bukan jutawan, juga bukan anak raja.
Tapi usaha itu tangga kejayaan.. maka umi & walid sedang usaha untuk beri kamu keselesaan.
Keselesaan yang Umi & Walid tak dapat rasa masa kami kanak-kanak dahulu.

or should I become a housewife, instead??

0 comments
I've been very mallass lately..
I have no idea why??

Kadang-kadang, terfikir, agaknya kalau berhenti kerja & buat business sendiri, ok tak?
Taknak lah business dalam legal field ni, bosssaann.. 
May be sebab kita ni a bit vangang kan..
Tapi business art-related.
I thought becoming a lawyer would be awesome & stylo..
No no no.. 
Well, may be it just me..
Tapi who doesn't want to be like Alley McBeal kan!!!

I remember being asked by one experienced lawyer,
of why chose law & practice?
My answer..

"Rich (and styli)"

*[note: I only say Rich okay]

They laughed.

Almost 6 years in the legal field, I feel nothing.
I love drafting agreement, but only that.
The rest of it, please.. I need my staffs to do it for me.

I complained a lot when I was in the service.
And now I'm still complaining..
What the hell is wrong with me!!!

Now I'm jealous with my sister.
She's not an excellent student.
She only get 3As for her PMR.
3As also for her SPM KOT (tak sure),
and now, she's working  in Saudi Arabia with a salary muchhhh higher than mine.
sigh.. 
Mesti Mak selalu doakan dia lebih-lebih dari kita ni kan!!!


Seriously I need to re-think what's the best job for me!!
The job that brings me to passion!!
The job that could make me smile..
A job that at the end of the day, when I look at the result or what I get, 
make me happy & grateful.

But,

WHATTTTTTT!!!!



Thursday 31 January 2013

Kasih abah / bapa / ayah / abi / walid / papa / babah sampai ke syurga..

0 comments
Ada benda, kita lihat remeh.
Kita rasa itu hal kecil, ‘small the pieces’ lah!
Tapi, pada orang lain, penting!

Hari Jumaat, kadang-kadang boleh jadi hari emosi.
Maaf, teringat pada arwah Abah.

Ini zaman kita belajar dulu.
Abah & Mak selalu pesan, sampai je, call rumah.
Cakap dah sampai.
Tapi, kita.. sampai je stesyen bas Pudu, tunggu bas no. 14.
Bas no. 14 hantar kita ke destinasi belajar kita di PJ.
Sampai destinasi, terus menuju ke bilik.
Nampak telefon, tapi cuma melihat je. Kita rasa,

"errrm takpelah"

Sampai bilik, terus baring sebab penat.
Bangun tidur, makan.
Then, tidur balik sebab esok ada kelas.
Kita lupa!!!
Sebab kita ambil mudah.

Esoknya selepas kelas, on the way ke bilik,
Ada announcement.
Katanya dah beberapa kali nama kita dipanggil.
Kenapa??
Ada orang nak jumpa.
Siapa??
Kita terus turun menuju je tempat menunggu sebelah bilik Pak Guard.

Rupanya…
MasyaAllah..
Astaghfirullahal’azhim..

ABAH!!!!!

Dah berapa lama dia menunggu agaknya..
Dia tersenyum tapi jelas wajah dia wajah kepenatan.
Tapi ayat pertama dia yang kita agak2 ingat was,

“Kesian anak abah naik bas dari Pudu ke sini. Jauh juga!”

Ya Allah!!!
Apa aku dah buat.
Dia datang sebab sebenarnya dia risau kenapa kita tak call rumah cakap dah sampai.
Dia takut kita accident ke, kena culik ke, kena rompak ke..
Lebih sedih lagi, dia datang sendiri naik bas semata-mata mahu tahu bagaimana kita balik ke tempat belajar kita!

Abah, kita sayang sangat abah.
Kita minta maaf sangat2.

Tu lah kan..
Bukan susah nak call rumah sekejap, cakap kita dah sampai.
Tapi sebab kita dah selamat sampai, kita ambil mudah.
Kita rasa tak penting, tapi bagi Abah ia maha penting!!!
Bagi kita, tau-tau je lah kita dah sampai.

Kasih Mak dibawa ke syurga,
Begitu juga kasih Abah..

Moga arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-fatehah kepada arwah:

“Husin bin Astar”

Wednesday 30 January 2013

Ok kot Husband tolong jagakan duit..

0 comments

Bila Husband cadangkan biar dia pegang kad ATM kita, kita rasa skeptical.

Reaksi, “aik”, “eh”

Tapi reaksi tu dalam hati aje.

Alasan suami, kita boros..

Memang kita boros pun.

Katanya dia bagi saya pegang seribu je

Seribu bersih lah.

Baki tu, buat simpanan.

Jika mahu guna, maklum pada dia jumlah yang dikeluarkan ternasuk resit atm

Tapi kita skeptical

Kita rasa macam di control je tau.

Kira rasa macam,

“Eh duit kita kowttt..”

Tapi bila fikir semula, ada baiknya.

Pernah buat eksperimen.

Kad dia pegang. Lepas tolak duit kereta & loan lain, dia hanya kasi pegang seribu.

Kita monyok lah kan.. lama juga dia pegang.

Tapi eh…. Dalam panjang muncung tu, rupanya tersimpan duit tu cantik dalam akaun.Sukanya tengok duit dalam akaun..

Husband pulangkan kad kembali.. Dia kata buat macam tu.

Tapi.. tapi..

Duit yang tersimpan tu dah pun makin menipis..

Ini semua salah online shopping!!

Ini semua salah Fashion Valet, Radiusite, Poplook, Sugarscarf, Aidijuma dan segala bagai shopping mall maya ni..

My husband realized, it’s time for him to act again.

Dia tegur suruh kita berjimat..



Buwekkkk

0 comments

Love love love this boy...
I said, "wekkkkk"
& he did it..

I don't like to wear shades because tak sesuai.
Hidung kita pesek..
Itu pun aviator shade arwah Abah, pinjam kejap..

iphone 5 atau mini ipad, ekk????

0 comments
Husband dah tanya.

"Nak apa"

"Nak apa, apa?"

"Ishh, valentine"

"Ish, tak sambut valentine"

"Ye lah, saya pn tak sambut tapi apapun, sayang nak apa?"

"Entah. Surprise me"

Poyo seh jawapan kita. 

Esoknya,

"Anything in mind"
"Iphone 5? Mini Ipad?"

*tersipu-sipu kita*
Rupanya penat gak otot muka bila cuba nak tahan muka excited & berlakon muka rasa biasa.

Seriously, kita tak mahu mana satu nak pilih.
Suka bagi gadget2 tau..
Try lah surprise kan kita dengan handbag kan..
Marc JAcob ke.. Prada ke.. Gucci ke.. Chanel ke.. 
:p
(Ingat husband tauke minyak ko??)

Okay.. okay.. seriously between those 2..
Memang menarik juga.
Cuma jika pilih Iphone 5, kita dah ada Samsung hadiah anniversary tahun lepas. Nanti dah ada IPhone5 confirm lah kita nanti tak guna lagi hadiah anniversary tu.. 
Nak pilih Mini Ipad, kita dah ada Ipad..
Ermmmm..
Fikir punya fikir..
Mini Ipad pun okay juga kan..
Lebih ringan untuk kita bawa ke mana-mana..
Kan.. kan..

Tuesday 29 January 2013

Perasaan perasan..

0 comments
Berjalan keluar, penuh gaya..
Bercelana hitam, panjang..
Kasut tinggi..
Fuhh.. *poyo*

Tiba-tiba dengar suara,

"Oh look, she's so pretty!"

Biasa lah perempuan, pantang dengar perkataan 'pretty' kan.
Kita toleh, non-Malay yang cakap..
Kita senyum & kita pun angguk,
tanda setuju lah tu.. *bajet sangat*
Tapi kenapa muka dia macam blur??

Lepas 2-3 langkah, terfikir,

"Ehhhhhh... aku ke???"

Maluuuuuuu nyeeeee...
Benar bagai dikata,
Bajetttt je aku ni..
Larikkkkkkk!!!!!





Autism child is not stupid!!! dowh!!!

0 comments

Malam tadi, tak pasal-pasal berjujuran air mata
Menangis menggongong dah macam hanjing..
Silap hari bulan, orang ingat bunyi cik pon menangis..
Ni semua gara-gara ramcangan Star King (28hb).
Nampak Kang Ho Dong, kita jerit..
Maklumlah suami tak balik lagi dari meeting.
Menangis sikit bila Kang Ho Dong nyanyi & main piano… rindu tu..
Tapi kita mengggonggong bila tonton Minsoo main piano.
Eh, sapa Minsoo ni?? Oh dia ni jemputan di rancangan Star King
Minsoo ada masalah di otak nya..
Tengok gaya, dia macam autism.
Nephew aku pun autism
Doctor sana kata iq Minsoo bersamaan dengan iq kanak-kanak umur 2-3 tahun.
Tapi kalau dah sekali dengar Yiruma tekan note piano, Minsoo ni pun terus boleh tekan tanpa tengok note..
Agak-agak, Minsoo ke doctor yang silap ni!
Benar otak mereka tak sama macam orang normal, tapi dengan kata iq mereka rendah, tak juga.
Nephew kita hebat bermain computer.. hebat main game.. pandai dia bina bandar.. Cuma masalah dia, dia tak pandai bersosial.
Kenapa kita menangis mcm cik pon, sebab kita teringat kita kadang2 marah nephew kita yg autism.

Uwaaaaa, CiKifi minta maaf taqif sayyyyannngggg!!!!

Monday 28 January 2013

Soalan-soalan

0 comments
Today, I've made 2 ships & 1 plane made of paper!
In my office!!

Because of her!!!


Hehe..
Ini anak buah boss kite.

Her last question to me after so many questions:

"Awak, awak suka kt kite tak???"

Me: "Awak rasa?"

Dia: "Macam tak je" *muka sedih*

Hehe.. kesiannya dia..
She also asked me:

"Awak ada mak?"

"Ada"

"Katne??"

"Rumah"

"oooo..awak ada abah?"

"Ada tapi dah takde."

"Haa???"
"Dia gi ane?"

"Dia dah takde. Dia dah tidur dalam kubur"

"Nape kubur?"

"Dia sakit."

"Kenapa tak pilih embulen??"

Hehehe.. ishh, kanak2..
Mungkin kita perlu melayan kanak2 juga dengan matang..
Perlu jawab soalan dengan matang sebab kanak2 zaman sekarang bijak2 & lebih matang.

Sunday 27 January 2013

Mak mak, bapak bapak! Tengok anak tu weh..

0 comments
Semalam, ke Mydin dengan Husband & AMF.
Naik 'escalator' nampak kepala budak di hujung 'escalator'. 
Anggaran lebih kurang 5-7 tahun,
lebih kurang umur William Yau Zhen Zhong.

Hati panassss.. 
Where the **** is his parents.
Toleh kanan, nampak perempuan agak2 itu ke mak budak ni?
Tapi muka selamba tengah belek tudung ke baju entah.
Jadi takkan ni mak dia? Kalau mak, mestilah dia akan jenguk2 jeling2 gak kan..
Kita tegur,

"Adik, mana mak ayah? Gi balik kat dorang!"

Budak ni senyum je..
Aik..
Ermm, ada mak bapak macam ni?
Selepas kes Nurin JAzlin & ini yang terbaru adik William, mak bapak masih boleh leka lagi!
Masih boleh biarkan anak berkeliaran??
Okaylah, memang ada kanak2 yang nakal suka lari2, suka senyap2 pergi bermain di tempat lain.. 
Tapi... ishh entahlah.. Takde komen lah..
Kalau hilang nak salahkan siapa? Pekerja Mydin? Orang awam? Polis????? 
Okaylah, polis dah lah ramai yang tuduh lembab bila berlaku kes penculikan kanak2 ni..
& sebab itu ke want to blame the police for your own negligence??
Jika dah rasa polis lembab, lagi lah kita kena berhati-hati!!
(Maaf pakcik polis.. orang yang cakap, kita tak)

AMF, mencabar iman kita & Suami.. setengah jam pertama, alahai baiknya, macam angel..
Selepas setengah jam, dia mula meragam..
Dia nak turun dari trolley..
Eh!!!!!
Adakah nanti anak kita pun akan jadi mcam budak lelaki tadi, kita bawa gi belibelah, dia pula mem'blahkan dirinya ke tempat lain semasa kita tengah beli barang????
Eh!!!

Thursday 24 January 2013

Orang kampung

0 comments
Orang kata jangan bangga diri hatta dengan diri sendiri pun.

Alkisahnya, hari-hari yang lepas.
Dengan harapan mahu kulit lebih cerah & gebu, teruskan niat beli set Tia Amelia.
Pesan adik kandung & adik ipar, "tak payah kak, kulit dah cantik!" (ahakz..poyo tak?)
Degil. Kita beli.

Minggu pertama, amal seperti arahan.
Wahhh.. suka.. benar la.. 
Sambil 'driving' sambil usap2 kulit muka sendiri & bermonolog,

"Aishh, lembutnya kulit muka aku."

Esoknya, sambil 'driving' sekali lagi, usap lagi pipi sendiri,

"Hehe, lembutnyaaaa.. untung laki kita dapat kiss pipi kita."

Minggu hadapannya,
*menjerit depan cermin*

Nampaknya Miss Pimple datang melawat. Dasar bimbo lah!
Dah la dia menetap di kulit muka & ini yang jenis tiada mata.. 
Jerawat yang tiada mata ni, susah nak dipecahkan.. jika dpecahkan atau terpecah, confirm tandanya mungkin kekal berparut di muka!!
Dah masuk minggu ke dua, jerawat sudah pecah tapi tandannya masih ada.

Sah..
Petang ni kena pergi ke Kedai Orang Kampung.
Cari bedak sejuk.
Cara traditional mungkin lebih mujarab..
Ada juga berangan nak buat sendiri & nak jual bendak sejuk buatan CiKifi!

Anyway, moral of the story.. 
Jangan bangga diri..


Pelaburan yang heaven

0 comments
Ciss, naik atas office bau harum daging burger!! 
Cisss, baru je lepas beli sarapan, ranap duit RM5!
Aishh, dear staffs, you should tell me earlier.. huhu..

Anyway, pernah tak zaman belajar, kelas pagi-pagi,

Berpeluh.. peluh menitis..
Badan seram sejuk, bulu roma meremang.. menggigil..
Muka pucat lesi.. ketap bibir.. 
Gosok tangan..
"Ok students, do you understand??" tanya lecturer..
Kau tak ambil pot pun soalan tu sebab kau sedang berpeluh, menggigil & semua di atas.

Kelas bersurai...
Cabut lari ke TANDAS!!
Pretttt...
Fuh... heaven!!! Lega..
Ini lah salah satu nikmat duniawi yang Allah berikan tanpa kita sedari..

Ini lah dia.. 
Nak angkat tangan minta permission ke toilet malu..
Nanti kalau lama di toilet, nak masuk kelas semula,
alamatnya orang tahu la kita baru lepas MELABUR..
Nama kena jaga babe..
Sangguplah tersiksa menahan azab sepanjang kelas..

Was I the only one like that???
(Ini kira confession ni!!!)

Wednesday 23 January 2013

Ajaib...

0 comments
Bos bercerita di pejabat. 

Guna minyak sikit aje, kate nyeee.. mudah.. senang.

CiKifi angguk aje lah..

Balik kita buat search. Alamak menarik ni!!!



Which one ni??
Ikan ke??

*Toleh belakang*

Husband: Buat ape tu?? *lepas bangun tidur keletihan berarak untuk Maulud Nabi*

Me: Kuali ajaib!!

Husband: Mesin jahit??

Me: Tak lah, kuali ajaib. Nak beli lah yang!

Husband: Mesin jahit?? Ehh, haa.. mana mesin jahit? Duit kan saya dah bagi beli mesin jahit?

Me: *senyappp*

Me: Eh sayang nak minum? Mesti dahaga kan?? 

Turun cepatt buat air...

See you again kuali ajaib. I guess I have to buy mesin jahit first! Sigh..

Assalamualaikum..

0 comments
Kelmarin muqaddam di sebutnya 'buku adam'
2 hari lepas -

Nyai: 'Alif' di atas 'a', 'Nun Alif mati di atas 'naa', 'Kaf Mim mati di depan 'kuum' - bunyinya?

Hadif: *termenung*

Nyai: Bunyinya??

Hadif: 'Assalamualaikum!'

Hahahhaa.. tak pasal-pasal batal solat CiKifi yang sorang ni!!!

Kah3.. aish, 'anaakuum' jadi 'assalamalaikum'

Never mind, yang penting dia ada semangat nak belajar mengaji.

Anak CiKifi pun belum tentu terer nanti!


Thursday 10 January 2013

BoboiBoy, Me & Malik Faisal. Check them out at Petronas!

0 comments
Finally, we have a complete set of Boboiboy's characters that we get from Petronas. 
Yeeehaaaa.

Proudly present our own cute Superheroes:

Ying, Gopal, Boboiboy & Yaya

I don't know if Petronas still sell any of them.

And he wanted to bring them even to a wedding!


Even mommy wanted to pose with Yaya!!