Pages

Sunday 3 February 2013

Tak mungkin berpaling

Bila pagi, dia mula lah dia tak mahu naik kereta kite.

“Nanak. Nanak”

Ish dah lambat ni. Tadi lepas subuh tidur balik kan, confirm lah lambat.
Kita bagi ‘sign’ tangan pada Mak,
*mak, hangkut je budak tu*
Mak menurut perintah.
Astaghfirullah.. bunyi macam anak derhaka je kan kite ni..
Eh kita sayang mak kita tau..

Berbalik kepada cerita pokok.
Dalam kereta, saya pujuk dia, saya usap2 kepala dia.
Sampai rumah babysitter.
Ehhhh… tetiba.. sekelip mata lah..

“Mak, mak..”
(nama panggilan dia pada babysitter..)

Kita nak salam, dia tak nak.
Anak Umi dah pandai merajuk,
Anak Umi tunjuk protes eh,
Tak mahu salam Umi.
Umi pun cakap kat dia,

“Ok, FINE!!!!!!”

 Kita terrus masuk kereta, tak lambai dia pun.
Sakitt hati tau, sedih ni.
Tapi kita perasan, dia sebenarnya pandang kita.
Muka dia sedih..

Uwaaaaaa…
Sedihhhhh.
Menyesal cakap macam tu kat dia.

Putera Umi, Umi minta maaf.
Bukan kamu je yang berkorban, tapi Umi pun terpaksa korbankan masa Umi untuk cari wang lebih. Untuk mewahkan kamu. Kita bukan jutawan, juga bukan anak raja.
Tapi usaha itu tangga kejayaan.. maka umi & walid sedang usaha untuk beri kamu keselesaan.
Keselesaan yang Umi & Walid tak dapat rasa masa kami kanak-kanak dahulu.

0 comments:

Post a Comment