Orang kata jangan bangga diri hatta dengan diri sendiri pun.
Alkisahnya, hari-hari yang lepas.
Dengan harapan mahu kulit lebih cerah & gebu, teruskan niat beli set Tia Amelia.
Pesan adik kandung & adik ipar, "tak payah kak, kulit dah cantik!" (ahakz..poyo tak?)
Degil. Kita beli.
Minggu pertama, amal seperti arahan.
Wahhh.. suka.. benar la..
Sambil 'driving' sambil usap2 kulit muka sendiri & bermonolog,
"Aishh, lembutnya kulit muka aku."
Esoknya, sambil 'driving' sekali lagi, usap lagi pipi sendiri,
"Hehe, lembutnyaaaa.. untung laki kita dapat kiss pipi kita."
Minggu hadapannya,
*menjerit depan cermin*
Nampaknya Miss Pimple datang melawat. Dasar bimbo lah!
Dah la dia menetap di kulit muka & ini yang jenis tiada mata..
Jerawat yang tiada mata ni, susah nak dipecahkan.. jika dpecahkan atau terpecah, confirm tandanya mungkin kekal berparut di muka!!
Dah masuk minggu ke dua, jerawat sudah pecah tapi tandannya masih ada.
Sah..
Petang ni kena pergi ke Kedai Orang Kampung.
Cari bedak sejuk.
Cara traditional mungkin lebih mujarab..
Ada juga berangan nak buat sendiri & nak jual bendak sejuk buatan CiKifi!
Anyway, moral of the story..
Jangan bangga diri..
0 comments:
Post a Comment