Pages

Monday, 7 January 2013

My very first kiss to him

I can only see him after 2 days of his delivery & that was my very first kiss on his soft lips.

Die keluar melalui tingkap. Pintu biasa enggan terbuka walau selepas 3 kali 'induce'. Yang terbuka hanya setakat 1.5 cm. Tetapi sakit sudah terasa. Sakitnya ibarat pinggang mahu tercabut daripada pinggul. Hanya mampu menangis. Peliknya darah sudah keluar. Apapun syukur, the presence of my husband & Mak managed to lessen the pain.

At 12 midnight, the nurse checked my baby's heartbeat & it's so slow. She urgently called my handsome O&G. Then, the news -

"Puan, maaf, puan perlu dibedah segera. Anak puan lemah degupan jantungnya. Doktor dalam perjalanan."

 I cried. 

Aku menangis lebih kuat apabila dimaklumkan Suami tak dibenarkan masuk kerana sedari awal aku tidak mohon untuk bersalin secara pembedahan. Tapi kenapa? I still believe that my husband should be allowed to be in there. Finally he had to let my hand go. Masih lagi menangis di bilik pembedahan, pakar anesthetic terpaksa menenangkan aku. Dia berjaya. 

Terasa kulit dipotong. Terasa darah keluar. Terasa daging ditarik-tarik, perut ditekan-tekan. Aku takut. MAcam mana kalau bius tiba-tiba hilang?? Aku sedar masa itu ada complication pada bayi. Rupanya usus membelit lehernya menyukarkan dia dikeluarkan. Aku terfikir, patutlah jantung dia lemah. Perut aku ditekan kuat bagi membolehkan bayi dikeluarkan. 

Bunyi tangisan. Aku menangis. Sibuk je aku pn nak nagis.

"Here's your baby"

Alhamdulillah.


2 days old



0 comments:

Post a Comment