Sibuk sangat.. Terfikir mahu sambung pelajaran dari ijazah
sarjana muda ke ijazah sarjana. Terima kasih kepada sahabat ku Juju atas
pandangan dan sokongan. Hati berkobar tetapi ada keraguan. Rasanya sudah lama
tidak membaca kecuali jika perlu. Maksud jika perlu tu merujuk kepada keperluan
untuk membaca kerana kerja. Akibat kurangnya membaca, maka aku sentiasa
kalah apabila berdebat dengan suami yang selalu merasakan dirinya lebih hebat
berhujah daripada aku. Apatah lagi perasaan bangga kerana seorang peguam
nampaknya gagal mematahkan hujah Suami apabila disoal-balas. Justifikasi aku
mudah, “You’re my husband & I don’t want to end up raising my voice!”
Jawabnya, “You’re a lawyer kan, be professional lah jangan emosi (bila dah nak
kalah)”. Ermmmm. Apapun, jika tidak mengenali kami, memang ramai yang ingat
kami sedang bergaduh sedangkan kami sedang ‘berbincang’ sebenarnya.
Apapun, hari ini aku melawat laman web IIUM dan sedang
berfikir apa pengkhususan terbaik untuk diri aku. Mana tahu, apabila sudah
dapat ijazah sarjana nanti, aku berhenti mengamal guaman dan menukar karier
sebagai pensyarah.. mana tahu.. Cuma yang aku takutkan, mampukah aku menjalani
dan menghabiskan ijazah sarjana aku nanti dengan baik dan cemerlang?
Isu: wang.
Idea penyelesaian: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Halangan: Takut, risau, Anak.
0 comments:
Post a Comment