Kenangan zaman belajar..
Naik bas abang garang.
Abang konduktor bas ni garang nak
m****s.
Dia suka orang cantik je.
Kalau agak2 tak cantik, kalau ko takde
duit kecik atau bas penuh & ko tak mahu ke belakang, nahas kau
kena tengking.
Kita tak pernah kene tengking (poyo)!
Jadi suatu hari ni, kawan kita cabar
kita.
“Kalau kau berani, kau buat2 suara
sengau kat abang tu!”
Cabaran disahut.
Abang konduktor tak padan kecik tak
padan kurus keding,
“Adik nak balik mana?”
Ni kita jawab,
“Pe-han 'um-'ai” (tone sengau)
Dia,
“Apa dik??”
Kita, kali ni lebih kuat.
“Pe – 'han 'um – 'aiiii”
Orang keliling dah mula tahan gelak.
Tak pasti sama ada nak gelak sebab tahu kita berlakon & nak
kenakan dia (yang ditakuti ni) atau gelak sebab ingat kita memang
betul2 sengau!
Dia tanya lagi. Eh sabar juga.
“APA!!!!!”
Kita,
“PE-'HAN 'UM-'AI !!!!!!”
Akhirnya, dia pun cakap & kawan2
semua menyesal,
“Arghhh takpe lah adik. Abang kasi ko
free lah, tak payah bayau!!”
Hahaha... padan muka kawan2 kena bayar duit tiket bas..
Turun bas, kita pun cakap,
“Abang, terima kasih belanja"
Dia, terkesima, terperanjat..
Hehehe.... menang yeay.
Belanje, belanje.
Hamek!!!
0 comments:
Post a Comment