Pages

Wednesday, 6 February 2013

Singer 4423.. let us work together!!

0 comments

Alhamdulillah
Syukur..
Finally, kita beli juga mesin jahit.. kesempatan masa yang ada dengan cash yang berlebihan di tangan (wahhh ayat bajet kaya), kes selesai, terus ke kedai Singer..

“Kak, nak yang basic, ada?”

“Yang basic yang mana satu adik nak?”

“Senang cerita yang paling murah lah kak”

Kedekut kannn...

Dia tunjuk.
Ohh paling murah RM750 lah.. vagusss..
Tapi di sebelah yang paling murah tu ada juga yang agak murah, RM795. Ehhh takkan lah kita nak beli yang paling murah kannn…
So, kita ambil yang agak murah tu… malu lah ambil yang TERmurah tu..
Hehe…

Resit dah keluar.
Mata terpandang mesin jahit lain pula.
Harga RM1195.. Ermmmm.
Kita Tanya..

“Kak, yg 4423 tu sama ke dengan yang basic tu? Ke yang tu untuk yang dah terer sangat?”

“Yang tu pun basic juga Dik, tapi jenis heavy duty. Leh wat jahit kain tebal, leh jahit butang baju. Alang-alang adik nak beli basic, baik adik beli basic yg tu..”

Sudahhhh….
Menyesal tak bawa mak sekali.
Sudah… kepala dah terfikir-fikir,
alaaa, beza pun tak banyak sangat kan. Boleh bayar 2 kali apa!
Sudah…..

“Kak, tukar lah. Saya ambil yang 4423 tu”

Kakak tu tersenyum…
Cisss kau kakak.. Berjaya kau eh..
Balik tak tau nak pasang!!!
Yang ada manual bertulis..
Tapi kata tauke boleh call sama dia & minta orang dia dating ajar pasang..
Hari ni, pagi-pagi dah buka youtube..

Agak-agak apa kita typed??
Of course lah

“4423 Singer Sewing Machine”



Pas ni boleh buka butik…

Sunday, 3 February 2013

Tak mungkin berpaling

0 comments
Bila pagi, dia mula lah dia tak mahu naik kereta kite.

“Nanak. Nanak”

Ish dah lambat ni. Tadi lepas subuh tidur balik kan, confirm lah lambat.
Kita bagi ‘sign’ tangan pada Mak,
*mak, hangkut je budak tu*
Mak menurut perintah.
Astaghfirullah.. bunyi macam anak derhaka je kan kite ni..
Eh kita sayang mak kita tau..

Berbalik kepada cerita pokok.
Dalam kereta, saya pujuk dia, saya usap2 kepala dia.
Sampai rumah babysitter.
Ehhhh… tetiba.. sekelip mata lah..

“Mak, mak..”
(nama panggilan dia pada babysitter..)

Kita nak salam, dia tak nak.
Anak Umi dah pandai merajuk,
Anak Umi tunjuk protes eh,
Tak mahu salam Umi.
Umi pun cakap kat dia,

“Ok, FINE!!!!!!”

 Kita terrus masuk kereta, tak lambai dia pun.
Sakitt hati tau, sedih ni.
Tapi kita perasan, dia sebenarnya pandang kita.
Muka dia sedih..

Uwaaaaaa…
Sedihhhhh.
Menyesal cakap macam tu kat dia.

Putera Umi, Umi minta maaf.
Bukan kamu je yang berkorban, tapi Umi pun terpaksa korbankan masa Umi untuk cari wang lebih. Untuk mewahkan kamu. Kita bukan jutawan, juga bukan anak raja.
Tapi usaha itu tangga kejayaan.. maka umi & walid sedang usaha untuk beri kamu keselesaan.
Keselesaan yang Umi & Walid tak dapat rasa masa kami kanak-kanak dahulu.

or should I become a housewife, instead??

0 comments
I've been very mallass lately..
I have no idea why??

Kadang-kadang, terfikir, agaknya kalau berhenti kerja & buat business sendiri, ok tak?
Taknak lah business dalam legal field ni, bosssaann.. 
May be sebab kita ni a bit vangang kan..
Tapi business art-related.
I thought becoming a lawyer would be awesome & stylo..
No no no.. 
Well, may be it just me..
Tapi who doesn't want to be like Alley McBeal kan!!!

I remember being asked by one experienced lawyer,
of why chose law & practice?
My answer..

"Rich (and styli)"

*[note: I only say Rich okay]

They laughed.

Almost 6 years in the legal field, I feel nothing.
I love drafting agreement, but only that.
The rest of it, please.. I need my staffs to do it for me.

I complained a lot when I was in the service.
And now I'm still complaining..
What the hell is wrong with me!!!

Now I'm jealous with my sister.
She's not an excellent student.
She only get 3As for her PMR.
3As also for her SPM KOT (tak sure),
and now, she's working  in Saudi Arabia with a salary muchhhh higher than mine.
sigh.. 
Mesti Mak selalu doakan dia lebih-lebih dari kita ni kan!!!


Seriously I need to re-think what's the best job for me!!
The job that brings me to passion!!
The job that could make me smile..
A job that at the end of the day, when I look at the result or what I get, 
make me happy & grateful.

But,

WHATTTTTTT!!!!



Thursday, 31 January 2013

Kasih abah / bapa / ayah / abi / walid / papa / babah sampai ke syurga..

0 comments
Ada benda, kita lihat remeh.
Kita rasa itu hal kecil, ‘small the pieces’ lah!
Tapi, pada orang lain, penting!

Hari Jumaat, kadang-kadang boleh jadi hari emosi.
Maaf, teringat pada arwah Abah.

Ini zaman kita belajar dulu.
Abah & Mak selalu pesan, sampai je, call rumah.
Cakap dah sampai.
Tapi, kita.. sampai je stesyen bas Pudu, tunggu bas no. 14.
Bas no. 14 hantar kita ke destinasi belajar kita di PJ.
Sampai destinasi, terus menuju ke bilik.
Nampak telefon, tapi cuma melihat je. Kita rasa,

"errrm takpelah"

Sampai bilik, terus baring sebab penat.
Bangun tidur, makan.
Then, tidur balik sebab esok ada kelas.
Kita lupa!!!
Sebab kita ambil mudah.

Esoknya selepas kelas, on the way ke bilik,
Ada announcement.
Katanya dah beberapa kali nama kita dipanggil.
Kenapa??
Ada orang nak jumpa.
Siapa??
Kita terus turun menuju je tempat menunggu sebelah bilik Pak Guard.

Rupanya…
MasyaAllah..
Astaghfirullahal’azhim..

ABAH!!!!!

Dah berapa lama dia menunggu agaknya..
Dia tersenyum tapi jelas wajah dia wajah kepenatan.
Tapi ayat pertama dia yang kita agak2 ingat was,

“Kesian anak abah naik bas dari Pudu ke sini. Jauh juga!”

Ya Allah!!!
Apa aku dah buat.
Dia datang sebab sebenarnya dia risau kenapa kita tak call rumah cakap dah sampai.
Dia takut kita accident ke, kena culik ke, kena rompak ke..
Lebih sedih lagi, dia datang sendiri naik bas semata-mata mahu tahu bagaimana kita balik ke tempat belajar kita!

Abah, kita sayang sangat abah.
Kita minta maaf sangat2.

Tu lah kan..
Bukan susah nak call rumah sekejap, cakap kita dah sampai.
Tapi sebab kita dah selamat sampai, kita ambil mudah.
Kita rasa tak penting, tapi bagi Abah ia maha penting!!!
Bagi kita, tau-tau je lah kita dah sampai.

Kasih Mak dibawa ke syurga,
Begitu juga kasih Abah..

Moga arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-fatehah kepada arwah:

“Husin bin Astar”

Wednesday, 30 January 2013

Ok kot Husband tolong jagakan duit..

0 comments

Bila Husband cadangkan biar dia pegang kad ATM kita, kita rasa skeptical.

Reaksi, “aik”, “eh”

Tapi reaksi tu dalam hati aje.

Alasan suami, kita boros..

Memang kita boros pun.

Katanya dia bagi saya pegang seribu je

Seribu bersih lah.

Baki tu, buat simpanan.

Jika mahu guna, maklum pada dia jumlah yang dikeluarkan ternasuk resit atm

Tapi kita skeptical

Kita rasa macam di control je tau.

Kira rasa macam,

“Eh duit kita kowttt..”

Tapi bila fikir semula, ada baiknya.

Pernah buat eksperimen.

Kad dia pegang. Lepas tolak duit kereta & loan lain, dia hanya kasi pegang seribu.

Kita monyok lah kan.. lama juga dia pegang.

Tapi eh…. Dalam panjang muncung tu, rupanya tersimpan duit tu cantik dalam akaun.Sukanya tengok duit dalam akaun..

Husband pulangkan kad kembali.. Dia kata buat macam tu.

Tapi.. tapi..

Duit yang tersimpan tu dah pun makin menipis..

Ini semua salah online shopping!!

Ini semua salah Fashion Valet, Radiusite, Poplook, Sugarscarf, Aidijuma dan segala bagai shopping mall maya ni..

My husband realized, it’s time for him to act again.

Dia tegur suruh kita berjimat..



Buwekkkk

0 comments

Love love love this boy...
I said, "wekkkkk"
& he did it..

I don't like to wear shades because tak sesuai.
Hidung kita pesek..
Itu pun aviator shade arwah Abah, pinjam kejap..

iphone 5 atau mini ipad, ekk????

0 comments
Husband dah tanya.

"Nak apa"

"Nak apa, apa?"

"Ishh, valentine"

"Ish, tak sambut valentine"

"Ye lah, saya pn tak sambut tapi apapun, sayang nak apa?"

"Entah. Surprise me"

Poyo seh jawapan kita. 

Esoknya,

"Anything in mind"
"Iphone 5? Mini Ipad?"

*tersipu-sipu kita*
Rupanya penat gak otot muka bila cuba nak tahan muka excited & berlakon muka rasa biasa.

Seriously, kita tak mahu mana satu nak pilih.
Suka bagi gadget2 tau..
Try lah surprise kan kita dengan handbag kan..
Marc JAcob ke.. Prada ke.. Gucci ke.. Chanel ke.. 
:p
(Ingat husband tauke minyak ko??)

Okay.. okay.. seriously between those 2..
Memang menarik juga.
Cuma jika pilih Iphone 5, kita dah ada Samsung hadiah anniversary tahun lepas. Nanti dah ada IPhone5 confirm lah kita nanti tak guna lagi hadiah anniversary tu.. 
Nak pilih Mini Ipad, kita dah ada Ipad..
Ermmmm..
Fikir punya fikir..
Mini Ipad pun okay juga kan..
Lebih ringan untuk kita bawa ke mana-mana..
Kan.. kan..